Wednesday, November 10, 2010

Seoul Garden, One Utama



Kalau cakap steamboat sizzling mesti ramai dah terbayang-bayang Seoul Garden kan? Sebab Seoul Garden nih antara restoran terawal lah yang berkecimpung dalam perniagaan buffet sizzling halal yang boleh dinikmati oleh Muslimin Muslimat sekalian. (eh ayat karangan ke ape?).


Bagi yang tak tahu atau tak pernah try test lagi masak memasak kat Seoul Garden ni, haa entri ni sangat berguna untuk anda semua. Secara ringkasnya, SG ni menyediakan dua jenis buffet steamboat iaitu sup dan sizzling. Kalau nak rebus boleh, bakar pun boleh. Pilihan sup ada pelbagai, tomyam, kimchi, herbs soup dan ada laa 2-3 jenis lagi. Pilihan buffet dia pulak memang boleh bikin rambang mata. Pelbagai jenis ayam dan daging yang diperap. Cakap je nak perisa apa. Sweet n sour, bbq, korean style, hot n spicy, masala eh ada lah. Daging lembu, daging kambing pun hado. Tak payah nak risau. Pilihan seafood pun boleh tahan banyak, sotong, udang, ketam, kerang, kepah, lala dan blablabla.








Kalau tak makan seafood, ayam dan daging, sayur-sayur pun banyak. Bola-bolap api, nasi, mee, telur, pencuci mulut, buah, aiskrim, ABC. Eat all you can. Harga untuk dewasa bagi Lunch Buffet ialah RM26.88++ dan Dinner RM35.88++. Students dapat murah sikit iaitu RM22.88++ untuk Lunch dan RM28.88++ untuk dinner.

Happy Birthday, Aspa!


FAQ : 
1. Harga ++ tu untuk apa?
  Harga yang dinyatakan tidak termasuk free flow minuman iaitu lebih kurangRM3.88+ dan jugak service charge dan gov. charge.

2. Student price adalah untuk setiap hari ke?
   Oh tidak, student price hanya berfungsi pada hari Isnin-Jumaat sahaja. Tidak termasuk cuti umum.

3. Halal ke tak?
   Jangan risau yer tuan-tuan dan puan-puan, SG mempunyai sijil halal.

Untuk info lebih lanjut klik sini

Saturday, May 15, 2010

Pepper Lunch, Pavillion

Anda gemar masakan berasaskan nasi? Tapi ingin mencuba kelainan dalam menikmati nasi setelah bosan dengan hidangan nasi berlauk tempatan? Jangan risau. Kerana Pepper Lunch adalah cara terbaru buat anda yang ingin merasai santapan nasi yang panas panas sensasi dan segar dari ladang dapur.
Pepper Lunch menghidangkan makanan dari negara matahari terbit,Jepun. Sepertimana yang anda semua sedia maklum, orang Jepun juga suka makan nasi walaupun tekstur dan jenis nasi yang dimakan oleh mereka lebih kepada jenis pulut.  Apa salahnya sekali sekala ubah selera, kan? Jom kita tengok apa yang hangat di Pepper Lunch ini.
Nasi ayam blackpepper
Nasi daging kari blackpepper dengan keju

Pepper Lunch ini berkonsepkan DIY (Do-It-Yourself). Ini bermakna, setiap makanan yang dipesan akan dihantar dalam keadaan sangat panas dan berasap! Sebaik sahaja 'kuali' sizzling ini diletakkan di atas meja anda, anda harus cepat-cepat menyediakan nasi/hidangan anda mengikut citarasa sendiri. Anda boleh menambah kicap cair, garam, lada hitam, sos madu dan sebagainya penambah perisa. Seonok bukan? Bagi yang masih ragu-ragu dan tak tahu cara untuk menyediakan hidangan ini, bolehlaa merujuk kepada video penyediaan yang disediakan di TV LCD restoran ini.
Detik-detik memasak (konon je la)

Selain daripada hidangan berasaskan nasi, Pepper Lunch juga menyediakan hidangan pelbagai jenis steak, seafood, salmon, ayam, dan lain-lain lagi.Anda juga boleh memesan dalam bentuk set mahupun ala-carte. Bagi yang ingin mengambil set, anda cume perlu menambah sebanyak RM2++ dan anda akan menikmati hidangan bersama-sama minuman dan juga sup miso (yums!). Pencuci mulut juga boleh dibeli sebagai menu tambahan. Antara pencuci mulut yang disediakan ialah aiskrim dan juga manisan Jepun. Meleleh air liur kan kan kan?

Pepper Lunch Restaurant, Pavillion.
Harga bermula dari RM12++
Cawangan lain di Midvalley dan Sunway Pyramid.

UF6RGUK7PHX5

Mari Buncit Semula!

Assalamualaikum pembuka bicara. Akhirnya selepas setahun berehat, akhirnya kini ku kembali untuk menggegarkan dunia blog makanan Malaysia. Hoo yeah. Selepas setahun, mungkin akan terdapat sedikit perbezaan dari segi input dan juga cara penulisan. Namun fokus utama masih lagi kepada makanan-makanan lazat yang mampu menggoncang kalbu anda semua.

Nampaknya, ramai dah tak sabar sehingga meleleh-leleh air liur. Untuk entri selepas ini dan seterusnya, pengembaraan memenuhkan perut bakal bermula!!

Friday, March 27, 2009

Secret Recipe

Ni my dinner wif zuzu afta we attended Azhan's sis wedding.Melepak kejap kat Jusco Cheras Selatan,n have dinner @ Secret Recipe.

Dory fish wif lobster sauce

I order Dory fish wif Lobster sauce (RM17.90) n zuzu wif her all-time fav Fish n Chips (RM15).Starter dpt tapioca chips wif sauce for free.*Ohh sangat suka freebies!hehe.*For drinks,both of us just order plain water since kitorg br je lepak minum+gossipin @ Starbucks :)

Fish n chips

Yeh kami sgt kenyang!I rse i xperlu comment byk sgt ttg entry ni.Mostly,sume org dah taw dat Secret Recipe serves tasty foods n cakes at reasonable price.Dan pulang ke rumah dengan hati yg girang.Angau sbb dpt dating ngn 'ex-bf',Farid Kamil tyme kt wedding td.hahahaa!Ex- bf dalam mimpi :P

Related Posts with Thumbnails