Anda gemar masakan berasaskan nasi? Tapi ingin mencuba kelainan dalam menikmati nasi setelah bosan dengan hidangan nasi berlauk tempatan? Jangan risau. Kerana Pepper Lunch adalah cara terbaru buat anda yang ingin merasai santapan nasi yang panas panas sensasi dan segar dari ladang dapur.
Pepper Lunch menghidangkan makanan dari negara matahari terbit,Jepun. Sepertimana yang anda semua sedia maklum, orang Jepun juga suka makan nasi walaupun tekstur dan jenis nasi yang dimakan oleh mereka lebih kepada jenis pulut. Apa salahnya sekali sekala ubah selera, kan? Jom kita tengok apa yang hangat di Pepper Lunch ini.
Nasi ayam blackpepper
Nasi daging kari blackpepper dengan keju
Pepper Lunch ini berkonsepkan DIY (Do-It-Yourself). Ini bermakna, setiap makanan yang dipesan akan dihantar dalam keadaan sangat panas dan berasap! Sebaik sahaja 'kuali' sizzling ini diletakkan di atas meja anda, anda harus cepat-cepat menyediakan nasi/hidangan anda mengikut citarasa sendiri. Anda boleh menambah kicap cair, garam, lada hitam, sos madu dan sebagainya penambah perisa. Seonok bukan? Bagi yang masih ragu-ragu dan tak tahu cara untuk menyediakan hidangan ini, bolehlaa merujuk kepada video penyediaan yang disediakan di TV LCD restoran ini.
Detik-detik memasak (konon je la)
Selain daripada hidangan berasaskan nasi, Pepper Lunch juga menyediakan hidangan pelbagai jenis steak, seafood, salmon, ayam, dan lain-lain lagi.Anda juga boleh memesan dalam bentuk set mahupun ala-carte. Bagi yang ingin mengambil set, anda cume perlu menambah sebanyak RM2++ dan anda akan menikmati hidangan bersama-sama minuman dan juga sup miso (yums!). Pencuci mulut juga boleh dibeli sebagai menu tambahan. Antara pencuci mulut yang disediakan ialah aiskrim dan juga manisan Jepun. Meleleh air liur kan kan kan?
Pepper Lunch Restaurant, Pavillion.
Harga bermula dari RM12++
Cawangan lain di Midvalley dan Sunway Pyramid.
UF6RGUK7PHX5
UF6RGUK7PHX5





1 perut berbunyi:
cool gila !!! nak try lah lepas ni.
Post a Comment